Sejarah Valentine Day
Sumber: http://myibrah.com/sejarah-valentine-day-hukum-menyambutnya
Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3
Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau
penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh
mereka.
Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine,
tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab
mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3
Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.
Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas
pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta
tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.
Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih
sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para
suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu,
maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi
pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan
di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu
memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.
Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah
seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya
meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama
kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat
itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta
telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang
tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk
agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.
Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di
Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung
yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul
di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat
seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap
pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang
keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka
padaketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di
atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“.
Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.
Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah
orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk
dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang
diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi:
“Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani,
dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama
Nasrani.
Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang
dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama
Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint
Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.
Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih @ Valentine Day dan semua berkaitan agama Nasrani @ Kristian.
Hukum Sambutan Valentine Day
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah
haram bagi seluruh umat Islam.
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan
disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam
yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya
Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang
tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli
syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai
Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau
adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah
sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka
bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya
bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya
Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut
hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk
umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik
bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar
umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul
al-Qur’an dan lain-lain lagi.
Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya
orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini
ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.
Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan
mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)
Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan
perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan
bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran
ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir
wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka
bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk
mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang
itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar
ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa
besar.”
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine
ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita
untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan.
Firman-Nya:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya
zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)Sumber: http://myibrah.com/sejarah-valentine-day-hukum-menyambutnya
1 komentar
SUbhanalloh.. :)
Posting Komentar